Friday, 20 May 2011

Kerabu Sotong Bakar & Mangga

Sebut je kerabu tak kira kerabu apa pun memang sedap terutama makan waktu berbuka. Terasa nak makan kerabu sotong,biasa sotong ni direbus tp nak cuba bakar pulak... 

Kerabu Sotong Bakar Dgn Mangga
Bahan
4-5 ekor sotong sederhana saiz -dibakar dan hiris tipis2.
2 biji mangga muda -racik
5 biji bawang merah - potong tipis
2 btg serai - potong tipis
2 biji lada hijau-potong tipis
1/2 cawan kelapa goreng - tumbuk kasar
gula,garam
 

Cara 
Campur semua bahan dan rasa garam dan gula. 

ikan bakar portugis

Resepi ikan bakar Portugis ni ambil dari Fp Nurfikas, sorry main copy je.... Tq Nur.. Masa masak bahan-bahan untuk perapan baunya cukup menyelerakan..dgn aroma bau belacan dan limau purut. Tak sabar pulak nak berbuka dgn ikan bakar ni...  

Ikan Bakar Portugis
Sumber FP Nurfikas

Bahan
1/4 cawan minyak masak
Air perahan dari 1/2 biji limau nipis
1/2 sudu besar kicap pekat
Garam
Gula
1 ekor (600 gm) ikan bawal di bersihkan
Daun pisang

Bahan Bahan Di Kisar Halus:

4/6 tangkai cili merah
4 biji buah keras
8 ulas bawang merah kecil
1 batang serai di hiris halus halus
1/2 sudu teh belacan
1 sudu besar cili serbuk
2 helai daun limau purut

Cara
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis
bahan kisar di atas api kecil sehingga wangi.
2. Masukkan air limau nipis, kicap, garam dan gula.
3. Lumurkan seluruh bahagian ikan dengan sambal yang di masak tadi.
4. Bungkus ikan dengan daun pisang.
5. Bakar di dalam ketuhar yang sudah di panaskan pada suhu 180C
selama 20 minit atau panggang di atas bara api yang marak. 

SELAMAT MENCUBA!!

Tuesday, 17 May 2011

hehehe...

diz am andu luka laada see korke rasa kti seda ngme nca riton gkat sak tinya.. sedan gkan sike rabo doh seda gte rki alki alme nca riap aya ngte rtu lisdi sini...hehehe...